Monday, July 27, 2009

MUSIM BUAH

Hujung minggu baru-baru ni, lepas pergi mendaki Broga Hill di Semenyih, aku balik kampung. Dah lama sangat tak balik kampung, Mak pun tertanya-tanya bila aku nak balik ambik buah. Musim buah dah nak sampai penghujungnya tapi ada pokok yang masih lebat dengan buah sebab tidak ada siapa yang petik.

Jadi tugas aku yang pertama pada hari Ahad adalah untuk memanjat pokok manggis. Memanjat pokok manggis adalah mudah sebab ia banyak dahan dan dahan-dahannya pun liat. Kira bolehlah menahan berat orang 72 kilo macam aku ni.

Dipendekkan cerita, inilah hasilnya, hasil kutipan solo aku!

Selain memanjat pokok manggis, Mak aku suruh pulak panjat pokok dokong. Tapi sayang seribu kali sayang, buah-buahnya banyak yang busuk dan merekah sebab hujan 3 hari sebelum tu. memang tak tahan lama punya dokong!

Pagi-pagi lagi Abang aku dah ke pasar minggu cari buah durian. Buah durian kami dah habis gugur, musim dah habis. Sampai je Abang aku ke rumah dengan durian kampung, apa lagi makanlah durian untuk breakfast! Kira dah murah dah kat sini sebab harganya RM2 sekilo.

Lepas aktiviti makan durian, pergi dusun Mak Cik aku pergi panjat pokok langsat. Aduh Mak! Rasa nak pitam aku dibuatnya, bila dah sampai ke dahan tempat bergantung, terus berhenti sekejap menarik nafas. Pitam tak pitam, dapat jugaklah seguni buah langsat! Tapi sayang, gambar buah langsat yang aku petik tak ada! Lupa lah pulak!

Masa panjat pokok langsat, aku dapat tahu dari Abang aku yang dia dah mendaki Gunung Ledang 12 kali dan Gunung Kinabalu 2 kali, Gunung Jerai tak ingat dah berapa kali sebab dia duduk di Kedah! Malahan dia adalah 'certified guide and trainer'. Ciss! tak pernah dia nak ajak aku selama ni. Tapi sekarang dia dah pencen mendaki dan pencen kerja jugak. Nantilah kalau aku ke Kedah nanti aku nak ambil peralatan camping dia!

Dah banyak kali naik gunung ni, rasa sakit badan tak ada lah bila panjat pokok tapi keletihan dan tenaga yang diguna boleh tahan jugak! Satu jam panjat pokok dekat nak lencun T-shirt aku! Dah habih panjat pokok langsat, Abang aku pergi mencatas dahan rambutan pulak. Kena sambung kerja lagi, mengemas dan memilih buah untuk dimakan. Dah tu dahan rambutan ni pulak banyak kerengga! Nasib baik lah aku pakai shorts aje, senang nak bunuh kerengga tu! Abang ipar aku pakai seluar panjang, puas kerengga betina tu jalan merata-rata dalam seluar dia dan pasti ada yang pengsan!

Gambar bawah ni, sebahagian dari buah rambutan yang kami dapat!


Gambar bawah ni pulak, gambar rambai yang belum cukup masak. Kami ambil bukan untuk dimakan tapi ambil kulitnya dan keringkan. Kulit rambai yang kering tu kamu akan gunakan untuk masak lomak cili api dengan ayam ke, sardin ke! Sodap Jang!


Itulah dia aktiviti hujung minggu aku lepas bersiar-siar di Broga Hill! Just as fun and enjoyable!

7 comments:

Anonymous said...

wow...........indeed it was fun! at the end of the day, after all the hard works...u can enjoy d buah2!!!!

Sharif John said...

Challenge jgk ye memanjat pokok ni... banyak buah... cuma jgn overdose plak bro... nnt demam.. hehe
X dapat join la Pine Tree Hill... sbb kena ke Cameron... baru balik dr liang hari tu... nnt checkout the pic... Thanks... its an honor

Anonymous said...

hm..memanjat pokok could really be chalengging! but as i heard, panajat pokok manggis it quite dangerous...so many "fake dahan" that are reput. can easily jatuh if u step on the reput dahan....

DrSam said...

terliur saya lihat buah-buahan tempatan yang semuanya segar bugar. dapat makan dengan keluarga lagi bertambah seronok.

wah...adik beradik pakar panjat memanjat ni.

mamai,wana,awiE,faten said...

sedapnyer mangggisssssssssssss!!!!!!!!!!!

::: ReActivate ::: said...

::: bagus buah2an nih.. tambah2
::: lagi kes selsema H1N1 nih..
::: makan byk2 buah2an & jusnya..
::: byk tul manggiss tuh.. my
::: feberet leerr..

Anonymous said...

kampung kat mane?? seriously need ur help...skrg saya tgh buat research bout mangosteen...nk cri dusun xtaw yg mana paling terdekat di kawasan selangor..